Suka Baca Majalah? Lihat Proses Cetakannya di Sini!

Media cetak merupakan media komunikasi pertama yang dikenali manusia, sebagai media yang memenuhi ciri-ciri komunikasi massa (satu arah, menyeluruh, umum, serentak). Media cetak berbentuk surat kabar, tabloid, buletin, dan majalah sebelum ini sangat popular sehingga dicetak secara besar-besaran untuk diedarkan ke serata negara. Padahal, pada masa itu produksi media cetak masih dilakukan secara konvensional kerana masih belum ada servis cetak online.

 

Pada masanya, media cetak jauh lebih terkehadapan berbanding media elektronik seperti televisyen dan radio kerana media cetak boleh didapati di mana-mana sahaja, dan dibaca pada bila-bila masa sahaja selain menyediakan bahan yang lebih mendalam. Berbanding radio dan televisyen yang hanya dalam waktu tertentu dan jarang dibuat “siaran ulang”.

Majalah

Majalah merupakan salah satu bentuk publikasi media cetak yang memiliki segmentasi lebih khusus dan lebih terarah daripada surat kabar. Majalah memiliki kedalaman isi yang jauh berbeza berbanding surat khabar atau buletin yang hanya menyajikan bahan berita. Disamping itu, majalah mendampingi pembaca dengan menyajikan cerita atas pelbagai kejadian dengan penekanan pada unsur informasi, mendidik juga memberi hiburan.

 

Apabila anda menghasilkan majalah dan mengedarkannya membolehkan ramai orang membacanya, dapat disimpulkan anda telah memberikan manfaat kepada ramai orang. Sekarang telah banyak kemajuan dalam proses pembuatan majalah, salah satunya ialah servis cetakan online. Dengan adanya servis tersebut maka proses cetakannya bertambah mudah dan pantas.

 

Proses Pembuatan Majalah

Tak kira apa juga yang anda ingin hasilkan, pasti apa yang mesti difikirkan ialah prosesnya. Bagaimana proses itu boleh dirancang dan bagaimana proses tersebut berjalan dan dilaksanakan. Sama juga dengan penghasilan majalah. Dalam hal ini, ada beberapa proses atau tahap dalam menghasilkan majalah.

 

Bermula dengan perancangan, pada tahap ini anda ingin menetapkan kandungan majalah, apa tema yang nak diketengahkan serta berapa anggaran jumlah muka surat majalah tersebut. Memasuki tahap seterusnya, tidak lain sesuatu majalah perlu diisi dengan informasi, artikel-artikel dan grafik yang sesuai. Pastikan anda membuat review dan membetulkan tulisan yang telah dibuat agar tidak berlaku sebarang kesilapan ejaan atau kesalahan pada informasi yang dimasukkan.

 

Setelah itu, tulisan kandungan diserahkan kepada jurudesain. Maka pada tahap inilah sesuatu majalah diolah menjadi lebih menarik dan kreatif. Proses desain adalah sangat penting kerana ia memerlukan kreativiti yang tinggi bagi memastikan pembaca tidak jemu dan penat membaca.

 

Perhatikan perincian seperti layout, warna, font, ilustrasi atau gambar, dan elemen visual lain. Sebahagian besar pesona dan daya penarik sesebuah majalah  datang dari muka kulit (cover). Desain cover depan majalah perlu menunjukkan identiti majalah, menarik perhatian, komunikatif dan informatif.

 

Tahap terakhir ialah proses percetakan. Sebelum dicetak dalam skala besar, sebaiknya sesebuah majalah perlu diuji cetak dengan menghasilkan sample printed mockup secara digital. Ini mesti dilakukan agar dapat dikenalpasti sebarang kesilapan seperti warna yang berbeza dengan apa di komputer, font yang berubah tanpa sengaja, gambar yang pecah, dan lain-lain lagi.

 

Apabila proses uji cetak sudah selesai dan menepati kehendak anda, maka langkah seterusnya ialah mencetak pada skala kuantiti yang besar. Proses cetakan dilakukan menggunakan mesin printer yang sesuai dengan keperluan kuantiti anda. Cetakan kuantiti yang besar biasanya dijalankan memnggunakan mesin printer offset manaka cetakan kuantiti kecil (di bawah 500 buku) dijalankan menggunakan mesin printer digital. Seperti yang disebutkan sebelum ini, proses mencetak kini lebih mudah. Dengan adanya servis cetak online seperti One Heart Print, anda tidak lagi perlu pening dalam mencari syarikat percetakan yang boleh dipercaya.

 

One Heart Print menjadi game changer bagi industri cetak buku dan dokumen di Malaysia dengan memenuhi keperluan pengguna, seperti pendiri bisnes, mahasiswa, digital nomad, startup hinggalah syarikat korporat besar nasional. Semuanya boleh membuat tempahan buku dan majalah secara cepat, praktikal, dan berkualiti, tak kira di mana sahaja pada bila-bila masa.

Shopping Cart