Buku : 4 Jenis Pilihan Binding Buku

1. Hard Cover Binding

Ramai peminat buku lebih suka kulit keras berbanding pilihan lain kerana ketahanannya yang lebih tinggi. Jenis binding ini turut juga dikenali sebagai case binding. Dalam proses menghasilkannya, setiap halaman disusun mengikut seksyen (16 muka surat setiap seksyen) dan kemudian dijahit bersama dalam susunan tertentu. End Paper yang disapu gam digunakan untuk melekatkan kulit (cover) buku dengan kandungan dalam buku.

Hard Cover Binding tak dinafikan sememangnya kaedah penjilidan buku berkualiti tinggi dan paling berprestij.

Kelebihan:

    • Sangat tahan lasak
    • Pelbagai pilihan bahan untuk kulit buku
    • Estetika yang mengagumkan

Keburukan:

    • Biasanya berat untuk dibawa
    • Kos yang tinggi

2. Perfect Binding

Ini adalah cara yang selalu digunakan untuk buku jenis soft cover. Proses binding ini agak mudah. Secara asasnya, gam yang dipanaskan dikenakan di sepanjang tetulang (bahagian dalam) buku dan kemudian dilekatkan dengan kulit buku. Kemudian 3 sisi luar buku dipotong supaya rata dan kelihatan kemas. Kesemua sisi buku akan kelihatan sempurna rata lebih-lebih lagi apabila ditindan bersama, ini sebab kenapa ia dipanggil ‘perfect bind‘. Kulit buku jenis ini biasanya sangat lembut dan mudah terkepak. Akibatnya, ia kurang tahan lama melainkan buku itu disimpan dan dikendali dengan baik.

salah satu cara untuk memanjangkan ketahanannya ialah menambah lapisan lamina (laminate) pada kulit buku. One Heart Print menawarkan pilihan gloss lamination dan matte lamination.

Kelebihan:

    • Tepi yang dipotong sempurna
    • Penampilan yang cantik
    • Harga Rendah & Murah

Keburukan:

    • Ketahanan sederhana (cuba Thread Sewn Binding jika anda mahu ketahanan lebih baik)

3. Saddle Stitch Binding

Binding jenis ini kalau nak dibandingkan jauh lebih nipis daripada dua jenis binding yang kita bincang di atas. Ini kerana jumlah muka surat yang dibolehkan untuk binding jenis ini terhad.  Dengan saddle stitch binding, setiap halaman diikat bersama menggunakan dawai kokot (staples). Hasil daripada proses yang ringkas ini, buku boleh dibuat dengan lebih cepat dengan kos yang sangat murah.

Kelebihan:

    • Mudah dan cepat dihasilkan
    • Sangat berpatutan
    • Sesuai untuk buku nipis

Keburukan:

    • Ketebalan terhad
    • Mudah terkoyak
    • Tidak tahan lama

4. Thread Sewn Binding

Thread Sewn Binding dibuat dengan mengumpulkan setiap 16-20 halaman menjadi satu seksyen. Setiap seksyen dijahit secara individu terlebih dahulu. Kemudian setiap seksyen dikumpul dan dijahit bersama mengikut urutan yang betul. Hasilnya, keseluruhan buku terikat kuat. Ini kelebihan utama thread sewn binding. Untuk menambah lagi kekuatan buku, gam digunakan pada tetulang sisi (spine) dan muka kulit (cover). Dengan semua proses ini, thread sewn binding adalah pilihan yang selalu digunakan untuk dokumen atau buku tebal dan berat yang perlu bertahan selama lama. Selain itu, anda boleh membaca buku jenis ini dengan lebih selesa kerana ia terletak rata atas permukaan meja.

Kelebihan:

    • Boleh memuatkan bilangan muka surat yang banyak
    • Sangat tahan lasak
    • Selesa dibaca

Keburukan:

    • Kos yang tinggi
    • Tempoh cetak lebih lama

Dah sedia untuk cetak buku anda? Hubungi kami untuk sebutharga buku dengan harga terbaik.

Shopping Cart