Apabila bercakap tentang mencetak buku untuk dijual kepada orang ramai, satu bahagian penting yang sering dilupakan adalah ISBN, atau nama lainnya Nombor Buku Piawai Antarabangsa. Dalam post kali ini, kita akan membincangkan apakah itu ISBN, sama ada anda memerlukannya, dan bagaimana untuk mendapatkannya bagi buku anda.
Apa itu ISBN?
Singkatan ISBN merujuk kepada Nombor Buku Piawai Antarabangsa, satu pengenalan unik yang diberikan kepada buku dan beberapa produk yang lain. Diperkenalkan pertama kali pada tahun 1970, ISBN diwakili oleh nombor 13-digit dan memainkan peranan penting dalam mengenalpasti  karya-karya yang diterbitkan.
Adakah Anda Perlukan ISBN?
Jika anda merancang untuk menjual buku anda kepada orang ramai, mendapatkan ISBN adalah sangat disyorkan. Penerbit, penjual buku dan perpustakaan amat bergantung kepada ISBN untuk membuat pesanan, menyenaraikan dan mengurus inventori judul. Sama ada anda menjual buku anda secara dalam talian mahupun berdepan seperti biasa, memiliki ISBN adalah penting.
Tujuan ISBN
ISBN mempunyai dua tujuan yang utama, antaranya:
• Memudahkan Penjualan Buku
ISBN membolehkan penulis dan penerbit menjual buku mereka kepada orang ramai, menjadikannya amat diperlukan bagi sesiapa yang ingin menguasai karya-karya sastera mereka. Ini amat penting terutamanya bagi penulis yang menerbitkan buku sendiri dan juga ingin mengedarkan buku mereka melalui pelbagai platform.
• Meningkatkan Keberkesanan Kebolehcarian
Mencari sesuatu buku daripada jutaan buku yang ada pada hari ini boleh menjadi satu cabaran yang besar. Dengan adanya ISBN, ia dapat membantu menyelesaikan masalah ini dengan menyediakan kod pengenalan unik dimana pembaca boleh gunakan kod tersebut untuk mencari buku tertentu. Ini dapat meningkatkan kebolehcarian buku anda di pilihan buku yang tersedia kepada pembaca.
Memahami Komponen ISBN
ISBN terdiri daripada beberapa komponen:
• Digit Kod Buku: 3 nombor digit pertama akan memberi identiti mengikut negara. Sebagai contoh, Malaysia mempunyai dua identiti kumpulan/kod negara iaitu “983” dan juga “967”.
• Pengenal Bahasa Buku: Kebiasaannya, digit “0” atau “1” dikenali sebagai buku bahasa Inggeris.
• Penerbit dan Maklumat Tajuk: Digit berikutnya mewakili penerbit dan butiran tajuk yang spesifik.
• Digit Semak: Digit terakhir, dikira secara matematik, berfungsi sebagai kod pengesahan untuk memastikan ketepatan ISBN.
Adakah Anda Memerlukan lebih daripada satu nombor ISBN?
Hanya dengan satu nombor ISBN, ianya sudah mencukupi untuk keluaran edisi standard buku anda. Walaubagaimanapun, nombor ISBN tambahan mungkin diperlukan bagi setiap variasi atau format yang berasingan. Setiap format buku anda, sama ada dalam bentuk paperback, hardback atau booklet harus mempunyai nombor ISBN yang unik bagi membolehkan pengesan dapat mengesan buku anda dan membuat penghantaran buku yang tepat.