[vc_row type=”in_container” full_screen_row_position=”middle” column_margin=”default” column_direction=”default” column_direction_tablet=”default” column_direction_phone=”default” scene_position=”center” text_color=”dark” text_align=”left” row_border_radius=”none” row_border_radius_applies=”bg” overlay_strength=”0.3″ gradient_direction=”left_to_right” shape_divider_position=”bottom” bg_image_animation=”none”][vc_column column_padding=”no-extra-padding” column_padding_tablet=”inherit” column_padding_phone=”inherit” column_padding_position=”all” column_element_spacing=”default” background_color_opacity=”1″ background_hover_color_opacity=”1″ column_shadow=”none” column_border_radius=”none” column_link_target=”_self” gradient_direction=”left_to_right” overlay_strength=”0.3″ width=”1/1″ tablet_width_inherit=”default” tablet_text_alignment=”default” phone_text_alignment=”default” bg_image_animation=”none” border_type=”simple” column_border_width=”none” column_border_style=”solid”][vc_column_text]Ini perkara yang anda perlu lakukan sebelum membuat tempahan Sticker Label untuk produk. Perkara-perkara ini penting untuk dilakukan supaya hasil Sticker Label yang anda terima menepati keperluan produk anda.
1. Tentukan Packaging Produk Anda
Perkara pertama yang perlu anda buat ialah tentukan jenis dan saiz packaging yang anda mahu guna untuk produk. Apa jenis packaging yang anda mahu guna? Botol plastik? Botol kaca? Bekas rendah? Bekas Tinggi?
Tiada saiz dan jenis yang standard untuk packaging produk. Setiap produk datang dengan saiz tersendiri, kerana itu anda perlu tentukan packaging jenis apa yang anda mahu guna.
Disarankan supaya dapatkan beberapa sampel sebenar packaging dan mencubanya dengan produk anda. dengan ini anda dapatkan pastikan samada ia sesuai atau tidak.
2. Ukur Saiz Sticker Label Yang Diperlukan
Ini satu lagi langkah penting untuk pastikan produk anda tampil menarik di mata pelanggan. Tentukan di mana Sticker label akan ditampal seterusnya ukur saiz yang diperlukan.
Pelanggan-pelanggan One Heart Print kebanyakannya menggunakan unit pengukuran milimeter(mm) kerana ia lebih mudah dan tepat.
3. Draf Maklumat Pada Sticker Label
Nama produk, kandungan produk, tagline dan jenama. Ini antara maklumat-maklumat yang biasa diletakkan pada Sticker Label untuk menarik perhatian pelanggan dan pembeli.
Antara kesilapan yang sering dilakukan ialah meminta Graphic Designer untuk memikirkan maklumat ini. Graphic designer tidak mungkin lebih memahami produk anda berbanding anda sendiri. Sediakan draf maklumat ini untuk diberikan kepada Graphic Designer.
Sebaiknya, berikan sekali gambar atau imej yang ingin dimasukkan dalam Sticker Label anda.
Tempah Sticker Label
Setelah anda selesai melakukan tiga perkara ini, barulah mudah untuk anda membuat tempahan Sticker Label untuk produk anda.
[Berkaitan : Cara Tempah Sticker Label Untuk Produk Di One Heart Print][/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]