7 Font Terbaik untuk Buku Novel

Menulis novel di zaman sekarang sudah menjadi gaya hidup, sesiapa pun boleh menulis dan menerbitkan novel sendiri. Penulisan novel menjadi satu platform  untuk mengkespresikan perasaan & idea.

Dimasa kini, para penggiat sastera dan penulis novel tidak lagi perlu risau karyanya tidak dapat dicetak, One Heart Print memudahkan penulis novel untuk mencetak novel sendiri.

 

Jenis Font Yang Sering Digunakan Dalam Penulisan Novel

Dalam proses penerbitan karya bermula dari penulisan novel sehinggalah siap cetakan novel, penulis boleh memilih jenis tulisan yang sesuai untuk menjadikan novel lebih menarik untuk dibaca. Berikut adalah beberapa jenis font yang sering digunakan untuk penulisan novel:

 

1. Times New Roman

Penulis Novel boleh mencetak novel sendiri dengan menggunakan jenis font ini. ramai penulis novel menggunakan font jenis ini karena ia sudah lazim di mata pembaca. Disamping itu, jenis font ini lebih ringkas jika dibandingkan dengan jenis-jenis yang lain. Ini memudahkan pembaca memahamai isi dan maksud tulisan dengan lebih cepat.

 

2. Arial

Font arial menjadi salah satu jenis font yang wajib ada pada setiap  komputer. Font Arial mempunyai ciri yang jelas dan unsur penegasan. Biasanya para penulis novel menggunakan font ini di bahagian tajuk/subtajuk.    

 

3. Calibri

Jenis font ini sangat biasa dilihat kerana font jenis Calbiri seringkali terpapar ketika membuka Microsoft Word. Calibri salah satu jenis font yang popular digunakan para penulis kerana bentuknya yang menarik, membuatkan pembaca tenang dalam menikmati penulisan yang dihasilkan. Tidak hanya digunakan dalam novel, Calibri juga kerap digunakan untuk tulisan non fiksyen seperti artikel.

 

4. Bookman Old Style

Jenis font ini bukan hanya digunakan para novelis, bahkan font ini juga sering digunakan di bermacam-macam artikel. Sisi elegan dan bentuk yang menarik  menjadi daya penarik tersendiri untuk pembaca. Jenis font ini memudahkan para pembaca menangkap isi kandungan dari satu-satu tulisan. 

 

5. Antique

Jenis font ini berusaha membawa pembaca pada penghayatan yang mendalam. Font ini diciptakan oleh Barne Nadall yang bertujuan untuk membangkitkan semangat pembacanya. 

 

Penulisan bertemakan percintaan juga sering menggunakan jenis font ini sebagai tanda perjuangan cinta watak-watak yang ada. Adakah anda salah seorang penulis novel tema cinta? Jika ya, maka Antique wajib anda jadikan sebagai pilihan!

 

6. Trajan

Bentuk font ini memiliki keindahan dan keterbacaan yang cukup tinggi. Font ini sangat sesuai untuk digunakan para pelajar dan seniman karena kecantikannya. Akan nampak sempurna, apabila digandingkan dengan jalan cerita novel yang sangat menarik. 

 

7. Garamond

Berdasarkan latar belakangnya, font jenis Garamond sering digunakan untuk bahan bercetak. Banyak buku-buku yang dicetak oleh para penerbit menggunakan jenis font in. Jadi, tak salah untuk penulis novel memilih jenis font jenis ini untuk cetakan novel sendiri.

 

Pemilihan font yang tepat dapat menambah daya penarik pembaca dalam memahami isi yang disampaikan penulis. Lebih-lebih lagi bagi pembaca yang ada masalah penglihatan. Kerana itu, pemilihan font yang baik perlu betul-betul dipertimbangkan.

 

One Heart Print hadir untuk merealisasikan hasil karya anda. Dengan One Heart Print, anda dapat mencetak novel kamu dengan mudah dan fleksibel. Lebih istimewanya, One Heart Print boleh mencetak novel anda tak kira di mana saja anda berada. Jadi, hal berkait cetakan bukan lagi masalah untuk menghasilkan karya, kembangkan hasil karya novel anda bersama One Heart Print. Hubungi kami sekarang!!

#CetakNovel #NovelPrinting #SelfPublishNovel #TerbitSendiriBuku

Shopping Cart